Sunday 7 August 2011

Berpuasa :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
nmpaknya kita telah berjaya mengharungi hari ke-7 bulan Ramadan Al-Mubarak nie dengan jayanya. tahniah buat anda yang telah berjaya berpuasa tnpa ponteng :)
good job :)

TAPI! buat yang ponteng pose...ish-ish.. ape nk jadi nie. babap kang.
bukan susah pun nk pose hohoho. (ckp orng..diri sndri pun terkapai2 tggu bukak pose =.=")
hahahha..
tapi memang bnyak dugaankan bulan pose nie. haha
antara yang aku ckup xsuka pda bulan pose ni ialah.
  • semua kaki rokok menjadi sngat baik dan dermawan pada bulan pose nie, kalau x sblom nie nk mintak rokok sebatang pun susah
  • air paip nmpak sngat menyegarkan mcm sirap bandung
  • mak cik non muslim blakang rumah tiap2 hari saja je masak sedap2 hingga bau masakan beliau membuat aku dn kawan2 serumah naik gila.
  • jam dah menunjukkan 7.29 walaupun lagi seminit je nk masuk waktu berbuka tapi jarum jam tu cam xnak gerak je macam dah abis bateri.
  • bila time mandi rasa cam nk minum je air kolah tu.
haaaa....walau bagaimana sekali pun dugaan yang datang akan ku tabah menghadapinya, sbb bukan senang kita nk jumpa bulan ramadan yang mulia nie, mana la tau kot-kot nnt dah xjumpa dah. kan menyesal xsudah. bulan pose nie lah kita nk kumpul pahala bnyak2. ok.
sekian dari saya.
TQ.

Monday 11 July 2011

omg~


pernah tak anda mengalami situasi dimana anda sering kali diceramahi dan dileteri akibat kuat sngat main game. and yes mesti ramai yang pernah kene kan. kalu xkene ngan mak. mesti kne ngan bapak. tapi slalunya mak yang akan lebih bising punya dalam hal nie. kaum2 bapak steady2 blaka. like my daddy. haha. u Rawk!! dad!
haha. aku pun slalu gak kne leter2 nie. kalau tgh syok2 main game mula la bergegar rumah dgn slogan " ALONNGGG! PEGI BLAJAQ! NK JADI APA HANG NIE LONG...! MAIN GAME JE KEJE KAW SIANG MALAM!! HANG TAU X GAME NIE XMASUK DALAM EXAM HANG!"

dan dgn muka cekadaknya menonong lah aku jalan pergi blaja.
but now! i will prove it that you were wrong mother!
hahaha!! see..
nmpak x? the popular game "ANGRY BIRDS" menjadi salah satu tajuk soalan paper math.


haha
nie kalau hari2 main tapi kalau xdapat jawab jugak bunuh diri beb.

Sunday 10 July 2011

HAH! salah hari la!

ok guys.
alkisahnya begini.
on that day aku sibuk tgh BERSIH-BERSIH kn rumah, biasa ler dah penat kmas rumah tu aku pun bersiap la nk otw ke kedai to buy some drinks. dalam perjalanan nk ke kedai tu ramai sgt abng polis, akak polis, makcik-makcik dan pakcik-pakcik polis dok ushar baik punya kat aku. (alasan sbb knapa ramai polis, sbb aku duk kat kuarters polis) aku pun kehairanan tahap gaban la. aku jalan xzip sluar ke apa duk ushar bkan main cntek lg. meme rasa akward gler2 la pasai tiap2 mata duk ushar. rasa seram sejuk pun ada. then my best friend message me.
my friend: oi ko nk gi mana
me: nk p kedai, awatnya?
my friend: oh..aku ingat ko nk gi join BERSIH.
me: WTF!

OH DEM! no wonder la semua orng dok ushar aku jer. rupanya aku salah hari la tuk menyarung jersi KUNING pasukan bola malaysia pada tarikh 9 JULAI bersamaan dgn kempen BERSIH! oh deng. apa malangnya nsib diri ku.

and the worst part is. not even a single shop open on that day!
geez~

Sunday 12 June 2011

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah 

demikianlah pantun yang direka oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
 bagi menunjukkan kepada mereka-mereka yang mendapat hidayah  bagi memberi gambaran tentang ilmu silat cekak.

ini telah dibuktikan oleh   Adik Muhammad Shukery bin Abdul Latiff, 15 tahun. merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah di kuala lumpur. beliau amat meminati dalam dunia persilatan sejak dari tingkatan 1 lagi. beliau mendapat sokongan dari ahli keluarga, walaupun dengan ke tidak sempurnaan dirinya beliau cekal untuk mempelajari ilmu tok nenek moyang kita.


Anda bagaimana?

Wednesday 8 June 2011

yes bloggers
blog ini dalam proses menuju kearah kemajuan
so nantikan wajah baru blog ini nanti.
Pada 29/5/2011 Persatuan Seni Silat Cekak Unisel telah mengadakan satu aktiviti luar iaitu...
oh yeah u guys fuckin' rite
its BBQ time!


"kira jgn tak kira arang tu bang"


kitorang bertolak dari unisel pada jam tepat menunjukkan 7.30 pagi dan sampai ke lokasi tapak air terjun serendah pada jam 8.30 pagi. kalu xsilap ada gambar air terjun tuh..aha...here we go..


"aha...cantik x? cantik rite"

mcm biasalah kan dah dtng awal sgt apa lagi rajin-rajinkan diri sediakan barang tuk BBQ karang. kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap individu begitu menyentuh qalbu ku ini. walhal sebelum nie masing-masing xpernah kenal antara satu sama lain. haha betapa dasatnya mereka-mereka ini. oklah kemudian sementara menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain, kami terlebih dahulu membuat aktiviti warming up iaitu..
yeah! drama!


"yeah! drama.. oh hey! thats me. hello mate"

kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan so stiap kumpulan dapat tajuk drama mereka sendiri. ada yang dapat tajuk gila, marah, sedih, keliru dn macam-macam lagilah. pastu xyah citerlah, kalu dah masing-masing dapat tajuk yang tah hape-hape tah..jalan citer drama diorang lagi tah hape-hape la..haha..ok lah tu. gelak ketawa pagi-pagi nie sihat tambah lagi dapat jemur diri kat bawah sinaran matahari pagi..banyak vitamin woo..so AppleGreenMan pun ada la snap 2-3 gambar untuk santapan para bloggers. kita layan..
zaaassss...!


"ha..tggu giliran kumpulan masing-masing tuk wat persembahan. abis la korang"
"p/s hey daus! look here lah.."

 
"hah! meeting-meeting"

selepas selasai bab drama-drama tadi, kami beralih pulak kepada permainan seterusnya. the next game is..
TREASURE HUNT! yeah it was fuckin' awsome! pity i don't have picture of it. masa main game tuh kami ditanyakan berbagai-bagai soalan yang telah pun diduga tapi still xdapat nk jawab oleh tenaga-tenaga pengajar. pastu merata-rata tempat kitorang cari barang yang disembunyikan oleh mereka..haha macam **** diorang sorok barang.. haha..

dah habis main game je kitorang semua terus berlari-lari anak (yela takut jatuh an..jln licin) pergi mandi air terjun..masa mandi air terjun tuh WOW! sejuknyer ya amat la menggeletarkan susuk tubuh perkasa ini.. 
( =.=")
haha..

oklah..kalu nk citerkan pengalaman nie kat sini sampai taun depan pun belum tentu habis taip lagi..tapi apa-apa pun memanglah tersangat best. korang semua yang dalam persatuan silat cekak malaysia unisel nie, korang jgnlah menghaibkan diri korang ok.
sblum saya mengundurkan diri dan menutup laptop dan lampu saya masukkan gambar-gambar kami nie eh untuk tatapan korang.


 "seronoknya korang mandi-mandikan"



"hahaha...amik kaw kene lambung"


"percubaan untuk mendirikan HUMAN TOWER!"


"p'cubaan pertama"


"p'cubaan kedua"


"percubaan ketiga..c'mon guys! da nk jadi dah"

 "and finally yeah! we did it. all the girls chearing!"
"rasa sgt bangga"


"amboi seronoknya main air"


"oh my gosh! mermaids!"
"tangkap!!"


"dan last sekali..muka keriangan terpancar.. haha..bye-bye dan moga kita bersama hingga ke akhir..HIDUP CEKAK"
SENI BELADIRI
Dah lama aku mahu menulis tentang seni beladiri bangsa Melayu di Malaysia namun terpaksa berhati-hati dalam menulis kerana apa pun yang aku tulis sedikit sebanyak akan membawa imej aku sebagai salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang aku sertai.Jadi aku harus berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menulis tentang perkara ini.
Mula-mula aku diperkenalkan dengan silat Melayu adalah semasa aku berada di semester satu di universiti.Mulanya aku kurang berminat kerana beberapa sebab seperti mempunyai mentaliti silat Melayu tidak setanding dengan seni beladiri lain, zaman sekarang zaman pistol, boleh gaduh koboi dan beberapa sebab lain lagi.Malah semasa demonstrasi untuk memperkenalkan silat di kolej pun, aku sempat membuat lawak bodoh dengan merendahkan martabat silat tersebut.Namun selepas dicabar oleh rakan aku untuk menyertai silat ini dan memberi pandangan kemudian aku pun bersetuju.Begitu juga penerangan oleh jurulatih silat tersebut membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk lebih mengenali seni warisan pusaka bangsa Melayu ini.
Namun selepas hampir setahun aku didalam silat banyak yang aku pelajari.Antaranya keindahan seni beladiri bangsa Melayu itu sendiri.Aku akan menulis berdasarkan konteks silat cekak Malaysia kerana aku ahli silat tersebut..antaranya betapa pentingnya kami berdiri lurus bukan sahaja didalam perlawanan malah didalam kehidupan.Pantang bagi kami untuk mengelak kekiri dan kekanan apabila diserang.Aku diajar apabila diserang jangan mengelak..terus sahaja ke hadapan untuk memupuk sikap berani dalam diri.Lagipun dalam Islam kita diajar berdiri diatas jalan yang lurus..Insyallah kemenangan akan berpihak pada kita.
Malah adab bersama guru juga boleh dipraktikkan didunia luar untuk saling menghormati.Didalam silat ini juga aku diajar untuk merendah diri biar setinggi mana pun ilmu kita.Sebab itu aku kecewa bila terdengar ada penuntut silat yang cabar mencabar antara satu sama lain untuk membuktikan kekuatan.Silat Melayu yang asli tidak seharusnya lari daripada ajaran agama Islam.Kita kena menghormati antara satu sama lain..dan yang paling penting bebas daripada unsur yang tidak menepati ajaran Islam seperti mantera dan jampi serapah.Aku diajar untuk bergantung hati pada Allah..bukan makhluknya.Silat cuma usaha dan tawakal kita dalam menjaga diri.
Walaupun aku seorang yang nakal dan agak liar, namun dengan silat aku dididik oleh guru dan jurulatih aku untuk mengawal diri dan bertenang dalam semua perkara..jadi aku akan sentiasa lebih beringat dan berwaspada didalam setiap kelakuan aku.
Yang mengecewakan aku apabila ada anak Melayu sendiri yang memandang remeh akan seni pusaka warisannya sendiri.Ada rakan aku kata 'ala..skang zaman pistol kita tembak ajer'....'kalau gaduh koboi jugak cara lawan'....'ala aku tak cari pasal ngan orang..buat apa nak cari pasal ngan aku'..Aku tanya koranglah..adakah Allah mengurniakan pistol pada kita..? Allah anugerahkan dua tangan dan kaki salah satunya adalah untuk mempertahankan diri.Maka disebut DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.Kita berdoa dengan apa..? Dengan tangan bukan..? Maka sebab itulah tangan juga sebagai senjata.Jika kita berfikir..akan ada maksud lain juga disebalik apa yang disebutkan itu.
Jika Allah SWT tak izinkan pistol itu meletup..maka tak akan meletuplah pistol itu.Gaduh koboi..? Bila kita dah lama dalam silat..kalau gaduh pun tetap akan refleks pergerakan kita dengan pergerakan silat..percayalah..aku dah alami sendiri.Zaman sekarang ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang pun belum tentu kita tak akan menerima ancaman.Lihat sahaja media hari ini berapa banyak kes jenayah seperti bunuh dan sebagainya.Apa persediaan kita..? Terutamanya orang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Jadi berfikirlah dengan mendalam..kerana terlalu indah seni beladiri pusaka bangsa Melayu ini.Pengisiannya, semangatnya, adatnya dan lain-lain.Ini yang membuatkan kita berbeza dengan beladiri lain.Tuntutlah ilmu beladiri asalkan tidak meyimpang isinya dari ajaran Allah SWT.Kita bersilat bukan kerana silat..tapi bersilat kerana Allah SWT untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.
Terima Kasih pada Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, YM Ustaz Haji Ishak bin Itam,YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan seluruh ahli PSSCM di Malaysia.


Dari laman web PSSCM
www.silatcekak.org.my