Sunday, 12 June 2011

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah 

demikianlah pantun yang direka oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
 bagi menunjukkan kepada mereka-mereka yang mendapat hidayah  bagi memberi gambaran tentang ilmu silat cekak.

ini telah dibuktikan oleh   Adik Muhammad Shukery bin Abdul Latiff, 15 tahun. merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah di kuala lumpur. beliau amat meminati dalam dunia persilatan sejak dari tingkatan 1 lagi. beliau mendapat sokongan dari ahli keluarga, walaupun dengan ke tidak sempurnaan dirinya beliau cekal untuk mempelajari ilmu tok nenek moyang kita.


Anda bagaimana?

Wednesday, 8 June 2011

yes bloggers
blog ini dalam proses menuju kearah kemajuan
so nantikan wajah baru blog ini nanti.
Pada 29/5/2011 Persatuan Seni Silat Cekak Unisel telah mengadakan satu aktiviti luar iaitu...
oh yeah u guys fuckin' rite
its BBQ time!


"kira jgn tak kira arang tu bang"


kitorang bertolak dari unisel pada jam tepat menunjukkan 7.30 pagi dan sampai ke lokasi tapak air terjun serendah pada jam 8.30 pagi. kalu xsilap ada gambar air terjun tuh..aha...here we go..


"aha...cantik x? cantik rite"

mcm biasalah kan dah dtng awal sgt apa lagi rajin-rajinkan diri sediakan barang tuk BBQ karang. kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap individu begitu menyentuh qalbu ku ini. walhal sebelum nie masing-masing xpernah kenal antara satu sama lain. haha betapa dasatnya mereka-mereka ini. oklah kemudian sementara menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain, kami terlebih dahulu membuat aktiviti warming up iaitu..
yeah! drama!


"yeah! drama.. oh hey! thats me. hello mate"

kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan so stiap kumpulan dapat tajuk drama mereka sendiri. ada yang dapat tajuk gila, marah, sedih, keliru dn macam-macam lagilah. pastu xyah citerlah, kalu dah masing-masing dapat tajuk yang tah hape-hape tah..jalan citer drama diorang lagi tah hape-hape la..haha..ok lah tu. gelak ketawa pagi-pagi nie sihat tambah lagi dapat jemur diri kat bawah sinaran matahari pagi..banyak vitamin woo..so AppleGreenMan pun ada la snap 2-3 gambar untuk santapan para bloggers. kita layan..
zaaassss...!


"ha..tggu giliran kumpulan masing-masing tuk wat persembahan. abis la korang"
"p/s hey daus! look here lah.."

 
"hah! meeting-meeting"

selepas selasai bab drama-drama tadi, kami beralih pulak kepada permainan seterusnya. the next game is..
TREASURE HUNT! yeah it was fuckin' awsome! pity i don't have picture of it. masa main game tuh kami ditanyakan berbagai-bagai soalan yang telah pun diduga tapi still xdapat nk jawab oleh tenaga-tenaga pengajar. pastu merata-rata tempat kitorang cari barang yang disembunyikan oleh mereka..haha macam **** diorang sorok barang.. haha..

dah habis main game je kitorang semua terus berlari-lari anak (yela takut jatuh an..jln licin) pergi mandi air terjun..masa mandi air terjun tuh WOW! sejuknyer ya amat la menggeletarkan susuk tubuh perkasa ini.. 
( =.=")
haha..

oklah..kalu nk citerkan pengalaman nie kat sini sampai taun depan pun belum tentu habis taip lagi..tapi apa-apa pun memanglah tersangat best. korang semua yang dalam persatuan silat cekak malaysia unisel nie, korang jgnlah menghaibkan diri korang ok.
sblum saya mengundurkan diri dan menutup laptop dan lampu saya masukkan gambar-gambar kami nie eh untuk tatapan korang.


 "seronoknya korang mandi-mandikan"



"hahaha...amik kaw kene lambung"


"percubaan untuk mendirikan HUMAN TOWER!"


"p'cubaan pertama"


"p'cubaan kedua"


"percubaan ketiga..c'mon guys! da nk jadi dah"

 "and finally yeah! we did it. all the girls chearing!"
"rasa sgt bangga"


"amboi seronoknya main air"


"oh my gosh! mermaids!"
"tangkap!!"


"dan last sekali..muka keriangan terpancar.. haha..bye-bye dan moga kita bersama hingga ke akhir..HIDUP CEKAK"
SENI BELADIRI
Dah lama aku mahu menulis tentang seni beladiri bangsa Melayu di Malaysia namun terpaksa berhati-hati dalam menulis kerana apa pun yang aku tulis sedikit sebanyak akan membawa imej aku sebagai salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang aku sertai.Jadi aku harus berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menulis tentang perkara ini.
Mula-mula aku diperkenalkan dengan silat Melayu adalah semasa aku berada di semester satu di universiti.Mulanya aku kurang berminat kerana beberapa sebab seperti mempunyai mentaliti silat Melayu tidak setanding dengan seni beladiri lain, zaman sekarang zaman pistol, boleh gaduh koboi dan beberapa sebab lain lagi.Malah semasa demonstrasi untuk memperkenalkan silat di kolej pun, aku sempat membuat lawak bodoh dengan merendahkan martabat silat tersebut.Namun selepas dicabar oleh rakan aku untuk menyertai silat ini dan memberi pandangan kemudian aku pun bersetuju.Begitu juga penerangan oleh jurulatih silat tersebut membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk lebih mengenali seni warisan pusaka bangsa Melayu ini.
Namun selepas hampir setahun aku didalam silat banyak yang aku pelajari.Antaranya keindahan seni beladiri bangsa Melayu itu sendiri.Aku akan menulis berdasarkan konteks silat cekak Malaysia kerana aku ahli silat tersebut..antaranya betapa pentingnya kami berdiri lurus bukan sahaja didalam perlawanan malah didalam kehidupan.Pantang bagi kami untuk mengelak kekiri dan kekanan apabila diserang.Aku diajar apabila diserang jangan mengelak..terus sahaja ke hadapan untuk memupuk sikap berani dalam diri.Lagipun dalam Islam kita diajar berdiri diatas jalan yang lurus..Insyallah kemenangan akan berpihak pada kita.
Malah adab bersama guru juga boleh dipraktikkan didunia luar untuk saling menghormati.Didalam silat ini juga aku diajar untuk merendah diri biar setinggi mana pun ilmu kita.Sebab itu aku kecewa bila terdengar ada penuntut silat yang cabar mencabar antara satu sama lain untuk membuktikan kekuatan.Silat Melayu yang asli tidak seharusnya lari daripada ajaran agama Islam.Kita kena menghormati antara satu sama lain..dan yang paling penting bebas daripada unsur yang tidak menepati ajaran Islam seperti mantera dan jampi serapah.Aku diajar untuk bergantung hati pada Allah..bukan makhluknya.Silat cuma usaha dan tawakal kita dalam menjaga diri.
Walaupun aku seorang yang nakal dan agak liar, namun dengan silat aku dididik oleh guru dan jurulatih aku untuk mengawal diri dan bertenang dalam semua perkara..jadi aku akan sentiasa lebih beringat dan berwaspada didalam setiap kelakuan aku.
Yang mengecewakan aku apabila ada anak Melayu sendiri yang memandang remeh akan seni pusaka warisannya sendiri.Ada rakan aku kata 'ala..skang zaman pistol kita tembak ajer'....'kalau gaduh koboi jugak cara lawan'....'ala aku tak cari pasal ngan orang..buat apa nak cari pasal ngan aku'..Aku tanya koranglah..adakah Allah mengurniakan pistol pada kita..? Allah anugerahkan dua tangan dan kaki salah satunya adalah untuk mempertahankan diri.Maka disebut DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.Kita berdoa dengan apa..? Dengan tangan bukan..? Maka sebab itulah tangan juga sebagai senjata.Jika kita berfikir..akan ada maksud lain juga disebalik apa yang disebutkan itu.
Jika Allah SWT tak izinkan pistol itu meletup..maka tak akan meletuplah pistol itu.Gaduh koboi..? Bila kita dah lama dalam silat..kalau gaduh pun tetap akan refleks pergerakan kita dengan pergerakan silat..percayalah..aku dah alami sendiri.Zaman sekarang ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang pun belum tentu kita tak akan menerima ancaman.Lihat sahaja media hari ini berapa banyak kes jenayah seperti bunuh dan sebagainya.Apa persediaan kita..? Terutamanya orang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Jadi berfikirlah dengan mendalam..kerana terlalu indah seni beladiri pusaka bangsa Melayu ini.Pengisiannya, semangatnya, adatnya dan lain-lain.Ini yang membuatkan kita berbeza dengan beladiri lain.Tuntutlah ilmu beladiri asalkan tidak meyimpang isinya dari ajaran Allah SWT.Kita bersilat bukan kerana silat..tapi bersilat kerana Allah SWT untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.
Terima Kasih pada Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, YM Ustaz Haji Ishak bin Itam,YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan seluruh ahli PSSCM di Malaysia.


Dari laman web PSSCM
www.silatcekak.org.my

SILAT

silat boleh lawan makhluk halus ke?
Baru2 ni , heboh di (sebuah universiti yang xmahu dikenal) akan kes pukau yang kononnya telah pon Berjaya “meragut” sebanyak 11 laptop. Sama ada kes ini kenyataan atau khayalan, aku tak pasti.

tapi ramai penghuni desasiswa tersebut yang hidup dalam ketakutan. kelihatan jelas terpampang ketakutan mereka itu pada dinding2 fesbuk malah ada juga yang sampai ke entry blog. malangnya, ada juga kalangan penuntut silat cekak yang turut merasai bahang ketakutan tersebut.

"memanglah belajar silat tapi seram jugak....."

apa kaitan silat dan takut kepada hantu? silat boleh lawan hantu? kalau aku bagi tau, mesti yang ramai akan pertikai. kata mereka : "alah, silat bukan boleh buat apa2 pon. bukannya boleh bersilat dengan hantu. diorang boleh terbang2. ko kalau setakat nak buka langkah tu, tak payah la..."

mereka tak paham. sebab tu lah, sebelom nak kritik or nak kondem seni pusaka warisan bangsa nenek moyang mereka sendiri ni, belajar dulu. dalami dan pahami dengan betul. lepas tu baru nilai sendiri. ni belajar pon tak.. lepas tu dok kutuk2 hnya berdasarkan khabar2 yang dibawa orang.

memang dari segi logik, kita tak boleh bersilat dengan makhluk2 spesis ni. macam mana nak bersilat, kalau yang datang tu just kepala saja (penanggal), or badan yang tak ada kepala (kononnya mangsa kekejaman tentera jepun), or even saiz fizikal yang terlampau besar (hantu raya)..? tapi tu dari segi fizikal..!
 
dari konteks silat cekak malaysia, (silat lain aku tak belajar, so, aku tak tahulah) silat ini terdiri dari "kulit" dan "isi". yang dikatakan kulit tu pergerakan silat dan yang dikatakan isi itu ialah tauhid. sebab tu silat cekak disebut sebagai silat gerak dan silat tauhid.

silat cekak mengajar penuntutnya mentauhidkan Allah. tidak takut kepada sesuatu melainkan Allah. menjadi berani dan bukan pengecut. berani bukan kerana hebat, tapi kerana semua ketakutan yang ada dalam diri sudah habis diserahkan kepada Allah.

selalunya benda2 seperti ini dipandang ringan sedangkan ianya kes besar. takut kepada hantu. contoh yang paling mudah, katakan suatu malam, korang berjalan di tempat yang sunyi lagi menyeramkan. kemudian, makhluk Allah ini datang menjelmakan diri dan menyapa serta mengusik korang.

lepas tu, disebabkan terlampau takut, korang mati terkejut or korang lari then mati excident atau terjatuh dalam gaung lalu mati. mati korang itu dalam takutkan Allah atau takutkan hantu? lepas tu nak kata korang mati dalam iman?

memang pergerakan silat tak boleh buat apa2 dalam keadaan macam ni tapi penuntut silat cekak belajar silat tapi tak bergantung kepada silat. kami bergantung hati kepada Allah. itu yang kami diajar. kita makhluk, dia pon makhluk. buat apa nak takut?

memang ada yang takut secara semula jadi. tapi kena belajar bagi berani la. tanamkan dalam hati : "apa nak jadi, jadilah. tapi kalau Dia tak izin, jangankan kata jentik, sentuh pon belum tentu."